Utama Berita Agihan RM43,000.00 NILAI BAGI SEBUAH RUMAH BANTUAN ZAKAT

RM43,000.00 NILAI BAGI SEBUAH RUMAH BANTUAN ZAKAT

PENDANG, 03 FEBRUARI 2019 –   Pegawai Zakat Daerah Pendang, Ustaz Mohd Nasri Ab Ghani bersama kakitangan beliau berkesempatan turun padang bagi membuat pemantauan ke beberapa buah kediaman bagi penerima bantuan bina rumah individu dan membaikpulih rumah yang telah siap dibina untuk diduduki.

Terdahulu, Ustaz Mohd Nasri turut menyerahkan replika kunci rumah bantuan zakat tersebut kepada 2 orang penerima Jahya Salleh dan Siti Romlah.

Diantara rumah bantuan zakat yang telah siap dibina ialah rumah Jahya Salleh.

Kediaman beliau sebelum ini telah terlibat dalam satu tragedi kebakaran yang berpunca daripada litar pintas sekaligus memusnahkan keseluruhan rumahnya.

Berikutan kebakaran tersebut telah menyebabkan beliau kehilangan harta bendanya dengan sekelip mata.

Dengan adanya bantuan rumah zakat ini secara tidak langgung dapat meringankan beban yang ditanggung oleh beliau oleh kerana beliau hanya melakukan pekerjaan kampung dan mempunyai lima orang anak.

Manakala bagi kediaman Siti Romlah pula pernah menjadi tular di media sosial dahulu berikutan kediaman beliau yang usang dan perlu diberi perhatian segera.

Oleh demikian pihak Lembaga Zakat telah mengambil tindakan selanjutnya dengan memperuntukan kos untuk membaikpulih rumah beliau sebanyak RM24,300.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.