Utama Asnaf Cemerlang SERAMAI 138 PELAJAR ASNAF HADIR BAGI TAKLIMAT PENYERAHAN PERJANJIAN BIASISWA ASNAF CEMERLANG...

SERAMAI 138 PELAJAR ASNAF HADIR BAGI TAKLIMAT PENYERAHAN PERJANJIAN BIASISWA ASNAF CEMERLANG ZAKAT KEDAH TAHUN 2019

ALOR SETAR, 18 MAC 2019 – Baru-baru ini telah berlangsungnya satu Majlis Taklimat dan Penyerahan Perjanjian Biasiswa Asnaf Cemerlang Lembaga Zakat Negeri Kedah bagi tahun 2019 bertempat di Menara Zakat, Alor Setar Kedah.

Dalam majlis tersebut seramai 138 orang pelajar yang merupakan pemohon biasiswa yang berjaya dalam temuduga bagi Biasiswa Asnaf Cemerlang 2019 telah hadir bagi mendengar penerangan perjanjian biasiswa tersebut.

Antara sekolah yang terlibat bagi Zon Utara dan Zon Selatan pada majlis tersebut adalah sebanyak 9 buah sekolah iaitu, bagi Zon utara Sekolah Menengah Sains Tahfiz Alor Setar (SEMESTI) Kota Setar, SMA Islah Pendang, SMA Taufikiah Khairiah Yan, SMA Khairiah, Pedu, dan SMA Nahdhah Hasanah Kubang Pasu.

Manakala bagi Zon selatan pula SMA Yayasan Khairiah Baling, SMA Daris, Sungai Petani, SMA Ihsaniah, Jangkang dan SMA Tarbiah Diniah Kulim.

Majlis yang bermula sekitar pukul 10 pagi itu dimulakan dengan Ucaptama yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Agihan dan Pembangunan Asnaf LZNK, Ridzuan Ahmad.

Selain itu, Majlis ini juga turut berjalan serentak bagi dua Zon iaitu Zon Utara di Menara Zakat Alor Setar dan Zon Selatan di Pusat Motivasi Dan Komuniti Islam – PMKI Sungai Petani.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.