Utama Berita Lawatan SERIAS lawat Zakat Kedah

SERIAS lawat Zakat Kedah

13 Ogos 2017 – Sekolah Rendah Islam Alor Setar (SERIAS) hari ini mengadakan lawatan sambil belajar ke Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Menariknya, kehadiran SERIAS ke sini turut membawakan para pelajar daripada Universiti Islam Riau (UIR), Indonesia.

Ketua rombongan yang juga cikgu di SERIAS, Ustaz Mohd Khairuddin Salleh berkata, kunjungan itu dibuat selepas para pelajar UIR berminat untuk mengetahui cara urus tadbir zakat di negeri Kedah ini.

…ini merupakan lawatan pertama mereka (UIR) dan mereka di sini sebagai pelajar latihan praktikum di SERIAS.

LZNK yang diwakili oleh Pengurus Perhubungan Awam LZNK, Ahmad Hambali Mohd Puat menyampaikan taklimat ringkas mengenai sejarah dan sistem operasi LZNK.

…mereka amat teruja untuk mendengar setiap perkara yang melibatkan cara pentadbiran dan operasi di LZNk kerana ianya berbeza dengan apa yang dilaksanakan di sana.

Rombongan itu juga turut di bawa melawat Pusat Haemodialisis Zakat Kedah dan juga Pusat Kemahiran Jahitan dibawah pengurusan LZNK.

…kami amat berterima kasih kepada tuan Ketua Pegawai Eksekutif LZNK kerana membenarkan lawtan ini dijayakan.

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.