Utama Kursus TAKLIMAT ZAKAT DI SEKOLAH KEBANGSAAN SINGKIR YAN

TAKLIMAT ZAKAT DI SEKOLAH KEBANGSAAN SINGKIR YAN

YAN, 20 OGOS 2018 – Pejabat Zakat Daerah Yan melalui pegawainya, Hj Logman Hussain baru-baru ini berpeluang  menyampaikan taklimat zakat pendapat kepada kakitangan dan guru di Sekolah Kebangsan Singkir, Yan Kedah.

Taklimat yang diadakan tersebut lebih tertumpu kepada zakat pendapatan (Mal Mustafad) yang telah difatwakan bahawa hukumnya adalah wajib bagi mereka yang cukup segala syarat-syaratnya.

Sehubungan itu, kini Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah mewujudkan satu skim agihan balik kepada sekolah sebanyak 3/8 daripada jumlah bayaran zakat pendapatan kakitangan sekolah tersebut. Agihan tersebut memberi peluang kepada pihak sekolah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sekolah berdasarkan 3 golongan asnaf iaitu Fakir, Miskin dan Fi Sabilillah.

Dalam pada itu, Hj Logman berkata, taklimat tersebut amat memberikan penekanan yang lebih kepada cara taksiran yang tepat bagi memastikan setiap kakitangan dan guru membuat bayaran zakat melalui potongan gaji berdasarkan jumlah yang betul.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.