Utama Berita Agihan BANCIAN SEMULA PENERIMA BANTUAN ZAKAT DI KARYAH HJ KUDONG

BANCIAN SEMULA PENERIMA BANTUAN ZAKAT DI KARYAH HJ KUDONG

KUALA MUDA, 20 OGOS 2018 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui Bahagian Agihan dan Pembangunan Asnaf bersama Bahagian Dakwah dan Kutipan baru-baru ini berkesempatan turun padang bagi menjayakan majlis temuduga bersama asnaf -asnaf yang berada disekitar Masjid Haji Kudong.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menjalankan siasatan terhadap para asnaf dengan lebih jelas dan padat dan dapat mengenalpasti dengan lebih lanjut mengenai masalah yang dihadapi oleh mereka.

Dalam majlis yang sama, wakil Pejabat Zakat Daerah Kuala Muda, Ustaz Muhammad Syazwi Yusof telah menyampaikan taklimat ringkas mengenai skim bantuan dan agihan yang diberikan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Dalam majlis tersebut seramai 33 orang asnaf yang terpilih dapat menghadirkan diri pada taklimat tersebut dijalankan. Asnaf yang terlibat adalah terdiri daripada golongan warga emas dan merupakan anak karyah Masjid As Syakirin Haji Kudong.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.