Utama Berita Agihan ZAKAT BALING BERSAMA JKM TURUN PADANG SALUR BANTUAN

ZAKAT BALING BERSAMA JKM TURUN PADANG SALUR BANTUAN

BALING, 01 OKTOBER 2018 – Gara-gara tragedi angin kencang dan hujan lebat yang berlaku baru-baru ini, Pejabat Zakat Daerah Baling telah menyantuni mangsa-mangsa yang terjejas rumah kediaman mereka di kawasan Kampung Mengkuang Masjid, Mengkuang Hujung Lanai dan Kampung Kuala Bakong.

Terdahulu, Pegawai Zakat Daerah Baling, Ustaz Ahmad Mustaqim, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, Haji Shamsul Izrin, Penghulu Mukim Pulai, Badrul Hisyam Che Li dan Penghulu Mukim Tawar, Mohd Daud turut bersama bagi menyantuni mangsa-mangsa tragedi angin kencang.

Menurut salah seorang mangsa, kejadian yang berlaku di kawasan setempat rata-ratanya mengalami kerosakan di bahagian bumbung. Oleh itu, setiap mangsa yang mengalami kerosakan rumah mereka telah diberi dengan sejumlah wang tunai RM300 oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah(LZNK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM)

Berikutan itu, selain menyerahkan bantuan berupa wang tunai kepada mangsa, pihak zakat daerah baling juga turut memberikan satu set kotak kit bantuan makanan asas kepada mereka bagi meringankan beban yang dialami.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.