Utama Berita Agihan 2 BUAH KAMPUNG DI BUKIT SELAMBAU TERJEJAS AKIBAT RIBUT

2 BUAH KAMPUNG DI BUKIT SELAMBAU TERJEJAS AKIBAT RIBUT

KUALA MUDA, 24 APRIL 2019 – Penduduk Kampung Sungkop baru-baru digemparkan dengan satu  kejadian ribut berserta angin kencang yang melanda beberapa buah Kampung di Bukit Selambau, Kedah.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 4.30 petang itu telah menyebabkan beberapa buah rumah di  Kampung Perak dan Kampung Sungai Genuak terjejas berikutan kejadian tersebut.

Dalam pada itu, Salah seorang mangsa, Abd Samad Abdull, 59 tahun menceritakan bahawa kejadian tersebut berlaku dengan sangat pantas dan ia merupakan kejadian yang teruk pernah berlaku.

Berikutan angin kencang berserta hujan lebat telah menyebabkan hampir keseluruhan bumbung rumahnya telah diterbangkan angin selain dinding rumahnya turut mengalami kerosakan.

Prihatin dengan nasib yang menimpa mereka, Pejabat Zakat Kuala Muda tampil bagi menyantuni keluarga yang terlibat bersama  imam merangkap penolong amil Masjid Kampung Sungkop, Ustaz Qhayrul Nizam.

Terdahulu satu kit makanan asas berserta wang kecemasan diserahkan kepada keluarga berkenaan disamping bantuan selanjutnya akan diproses dalam masa terdekat.

 350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.