Utama Berita Bantuan Kamal Yakin Keluar Kepompong Asnaf

Kamal Yakin Keluar Kepompong Asnaf

10 September 2017 – Hasrat seorang ayah kepada empat orang anak untuk mengubah nasib keluarga mereka hari ini menjadi kenyataan apabila Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui Pejabat Zakat Daerah Yan menyerahkan bantuan perniagaan (jayadiri) kepada beliau sebentar tadi.

Kamal Saad@Harun, 46, menganggung seorang isteri, Zaitun bt Shaari, 34, dan 4 orang anaknya yang masing –masing berusia 12 hingga 5 tahun.

Beliau yang sebelum ini bekerja sebagai buruh di sebuah perusahaan kecil-kecilan menyatakan hasrta beliau untuk mengusahakan sendiri berbekalkan kemahiran dan pengalaman yang dimiliki beliau selama bekerja di beberapa buah tempat berasingan.

…sekarang ini pun saya memang sudah menerima beberapa tempahan ukiran dan ada juga yang saya terpaksa tolak sebab peralatan tak ada”.

 

Pegawai Perhubungan Awam LZNK, Ahmad Hambali Mohd Puat ketika menyerahkan barangan tersebut berkata, setelah pemantauan dari semasa ke semasa dilakukan pihaknya mendapati belaiu mempunyai potensi untuk terus memajukan diri dan perniagaan disebabkan kemahiran dan usaha gigih beliau yang telah ditunjukkan.

“…dan hari ini, Zakat Kedah bantu beliau dengan membekalkan 7 jenis barangan peralatan seperti Jig Saw, Rotary Hammer, Marble Cutter dan perlbagai lagi alat untuk tujuan pembuatan seni ukiran”.

Ditanya adakah terdapat syarat-syarat penggunaan barangan tersebut, Ahmad Hambali mengulas barangan tersebut akan terus dipantau dari semasa ke semasa dan sekiranya beliau sudah tidak perluakannya, maka pihak LZNK akan mengambil semula untuk diberikan kepada penerima yang memerlukannya.

“kita bagi untuk kegunaan mereka, sekiranya tiada keperluan disitu eloklah kita mail dan serahkan kepada orang lain dan sekiranya mereka salahgunakan seperti menjual, kita akan mengambil tindakan”.

Turut hadir bersama, kakitangan Pejabat Zakat Daerah Yan, Zawawi Zakaria dan Burhanuddin Hj. Ahmad daripada Bahagian Agihan Zakat .

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.