Utama Berita Bantuan TAK SALAH BUKAN ISLAM MENYUMBANG PADA ORANG ISLAM

TAK SALAH BUKAN ISLAM MENYUMBANG PADA ORANG ISLAM

ALOR SETAR, 16 APRIL 2021 :- Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mengesahkan menerima pembayaran zakat daripada seorang bukan Islam dan menganggapnya sebagai sumbangan bagi membantu kepentingan orang Islam yang terdiri daripada golongan fakir miskin.

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman berkata, beliau percaya reputasi yang dimiliki oleh organisasi itu dalam membantu golongan memerlukan antara faktor Chandramogan Jasingo memilih untuk membayar ‘zakat’ kepada pihaknya.

Menurutnya, LZNK boleh menerima sumbangan daripada orang bukan Islam bagi tujuan manfaat orang Islam sekiranya individu berkenaan bersetuju untuk menyumbang.

“Bagi saya, kalau kes ini betul dan nama yang kita semak itu betul bukan Islam, maka kita anggap ini adalah sumbangan beliau. Cuma dia memilih saluran LZNK kerana percaya ini adalah satu-satunya saluran terbaik untuk beliau menyumbang.

“Mungkin dia melihat lembaga zakat ini tidak simpan duit yang diterima dan mengagihkan kepada yang layak. Atas asbab ini menyebabkan mereka yakin dengan sistem ini dan memilih untuk menyumbang,” katanya kepada sidang akhbar selepas membuat tinjauan di Kilang Ayam Bismi di Simpang Empat, Alor Setar pada Jumaat.

Chandramogan percaya bukan sahaja agama Islam, namun kepercayaan lain juga menuntut penganutnya berbuat baik sesama manusia. – Foto Facebook Chandra EG Empiree.

Syeikh Zakaria berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media berhubung seorang bukan Islam turut menunaikan tanggungjawab membayar zakat fitrah setiap kali tibanya bulan Ramadan kepada LZNK.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tidak menjadi satu kesalahan bagi orang bukan Islam menyumbang untuk kepentingan orang Islam.

Bagaimanapun katanya, sumbangan itu tidak boleh dianggap sebagai zakat kerana tuntutan tersebut hanya disyaratkan kepada mereka yang beragama Islam sahaja.

“Zakat ini sebenarnya adalah suatu tuntutan agama kepada orang Islam. Apabila disebut tuntutan, ada syaratnya iaitu mestilah Muslim dan mempunyai pemilikan harta bagi zakat harta.

“Bagi zakat fitrah pula kepada semua orang Islam tidak kira lelaki ataupun perempuan,” katanya.

Sebelum ini, Chandramogan, 40 yang menganut agama Hindu telah menyalurkan zakat fitrah dan zakat harta melalui LZNK sejak 10 tahun lalu.

Menurutnya, kesediaannya membayar ‘zakat’ secara sukarela dilakukan selepas memahami bahawa bukan sahaja agama Islam, namun kepercayaan lain juga menuntut penganutnya berbuat baik sesama manusia.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.