Utama Berita Agihan 9 KELUARGA TERJEJAS AKIBAT BANJIR DIBANTU ZAKAT KEDAH

9 KELUARGA TERJEJAS AKIBAT BANJIR DIBANTU ZAKAT KEDAH

KULIM, 4 OKTOBER 2018 – Sebanyak 9 buah rumah di Kampung Paya Mahang, telah disantuni oleh Pejabat Zakat Daerah Kulim yang diwakili oleh Pegawai Bahagian Dakwah dan Kutipan, Ustaz Nur Salam Saleh, yang terjejas akibat banjir kilat yang terjadi baru-baru ini.

Terdahulu, Penolong Amil Kariah Mahang, Ustaz Muhammad Zulkhairi juga turut bersama dalam ziarahan tersebut .

Menurut Ustaz Nur Salam, maklumat yang diterima melalui talian whatsapp pada lewat malam itu telah menyebabkan pihak zakat bertindak pantas untuk membantu meringankan beban keluarga ini.

Tambahnya lagi, hujan lebat yang berpanjangan meningkatkan risiko berlakunya kejadian banjir kilat di kawasan itu. malah, terdapat juga segelintir keluarga yang telah bersedia dengan kemungkinan akan berlaku banjir seterusnya mengubah segala barang elektrik mereka ke tempat yang lebih selamat dan tinggi.

dalam pada itu, Pihak Pejabat Zakat Daerah Kulim turut menyerahkan sembilan kit bantuan kepada keluarga yang terjejas banjir bagi meringankan beban mereka.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.