Utama Berita Agihan MENCARI SINAR DISEBALIK AWAN MENDUNG

MENCARI SINAR DISEBALIK AWAN MENDUNG

KULIM, 09 OKTOBER 2018 – Pihak Pejabat Zakat Daerah Kulim melalui Penolong Pegawainya, Ustaz Mohd Khalil Mohd Zain bersama Encik Tarmizi Bakri, Eksekutif Bahagian Agihan dan Pembangunan Asnaf telah berkesempatan untuk turun menziarahi keluarga Md Noor Puteh,72, yang tinggal bersama isterinya di Kampung Dusun, Kulim.

Menurut Ustaz Mohd Khalil, “Pihak kami menerima info berkenaan keadaan isteri beliau melalui talian whatsapp dan bertindak untuk turun menziarahi keluarga ini serta membantu mereka.

“Isteri beliau telah lumpuh sebelah badan disamping turut menghidap penyakit darah tinggi. Isterinya hanya hampu terbaring di ruang tamu rumah mereka diatas sebuah katil yang telah lusuh”, katanya lagi.

Dimaklumkan bahawa Md Noor hanya bekerja sebagai tukang kebun gantian di sebuah sekolah di daerah ini bagi menampung perbelanjaan keluarganya memandangkan isterinya amat memerlukan penjagaan yang khusus akibat penyakit yang dihidapinya.

Satu kit bantuan makanan asas telah disalurkan kepada keluarga ini oleh Tarmizi Bakri bagi meringankan beban mereka sekeluarga sementara permohonan bantuan mereka diproses dibawah skim Had Kifayah LZNK.

“InshaaAllah setelah proses dokumentasi dan pengemaskinian maklumat keluarga ini selesai serta didapati layak, mereka akan menerima bantuan secara bulanan daripada pihak kami menggunakan wang zakat yang telah diamanahkan kepada LZNK,” ulas Tarmizi semasa ditemui.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.