Utama Berita Agihan AGIH BANTUAN BULANAN KEPADA WARGA PONDOK AMPANG DAN PAKAIAN SERAGAM KEPADA PELAJAR...

AGIH BANTUAN BULANAN KEPADA WARGA PONDOK AMPANG DAN PAKAIAN SERAGAM KEPADA PELAJAR MISKIN DI DAERAH SIK

SIK, 13 NOVEMBER 2018 –Sementara itu, Pejabat Zakat Daerah Sik juga turut mengagihkan bantuan bulanan kepada 19 orang pelajar di Pondok Ampang serta menyerahkan wang pengurusan kepada Guru pondok itu iaitu Haji Zakaria.

Selain itu, 20 pintu pondok ini adalah bangunan yang dibina oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah dan kesemua penuntut yang tinggal dan belajar di pondok ini akan mendapat agihan zakat bagi setiap bulan.

Dalam waktu yang sama, pihak zakat Sik melalui kerjasama bersama Pejabat Pendidikan Daerah Sik dan pihak sekolah telah mengagihkan stok baki terakhir pakaian seragam sekolah. Pakaian seragam ini diserahkan kepada wakil guru besar untuk diagihkan kepada pelajar miskin sebelum bermulanya cuti persekolahan.

Oleh yang demikian,Lembaga Zakat Negeri Kedah berharap agar dengan bantuan yang diberi kepada para penuntut di pondok Ampang dan pelajar miskin yang mendapat pakaian seragam sekolah baru ini dapat memberi semangat serta motivasi diri dalam menuntut ilmu.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.