Utama Berita Agihan AGIHAN BANTUAN MAKANAN DI QARIAH JENERI, SIK DALAM DAN LUBOK TUALANG

AGIHAN BANTUAN MAKANAN DI QARIAH JENERI, SIK DALAM DAN LUBOK TUALANG

SIK, 13 NOVEMBER 2018 – Pejabat Zakat Daerah Sik telah membuat agihan bantuan makanan kepada Asnaf fakir miskin yang majoritinya bekerja sebagai penoreh getah di sekitar Daerah Sik.

Hal demikian kerana keadaan musim hujan yang tidak menentu pada masa kini telah merunsingkan mereka. Oleh itu, bagi meringankan beban serta mengelakkan para penoreh getah penduduk Sik daripada terputus bekalan makanan, pihak zakat sik mengambil inisiatif dengan mengagihkan bantuan makanan ke beberapa qariah yang terjejas.

Antara qariah yang diberi bantuan makanan adalah seperti Qariah Jeneri, Qariah Sik Dalam dan Qariah Lubok Tualang.

Bagi qariah sik dalam dan qariah Lubok Tualang, sebanyak 15 set makanan telah diagihkan manakala bagi qariah Jeneri pula, sebanyak 15 kampit beras fidyah diberi kepada asnaf miskin.

Di akhir sesi agihan makanan itu, majoriti penerima bantuan menzahirkan perasaan syukur dan terima kasih kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah serta pembayar zakat yang telah menunaikan tanggungjawab mereka dan membantu mereka meringankan masalah yang dihadapi.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.