Utama Berita Agihan ANAK MELECUR DALAM KEBAKARAN RUMAH DI KAMPUNG KUALA LESONG

ANAK MELECUR DALAM KEBAKARAN RUMAH DI KAMPUNG KUALA LESONG

BALING, 14 MAC 2019 – Mohamad Sukri Karim, 50 tahun dari Kampung Kuala Lesong, Kuala Ketil dihimpit perasaan trauma apabila dikejutkan dengan tragedi kebakaran yang berlaku pada lewat petang baru-baru ini.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang itu disaat mangsa masih bekerja amat memeranjatkan beliau.

Menurut Mohamad Sukri, sewaktu kejadian anaknya Mohd Asyraf masih berada di dalam rumah tersebut.

Berikutan itu, anaknya mengalami kecederaan yang teruk dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani kerana melecur hampir 90% seluruh anggota badan.

Prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa, Pihak PZD Baling bersama Penolong Amil, Md Yusof Ismail dan Imam masjid Kariah Kuala Darak, Ustaz Fauzi Jusoh bergegas untuk menyampaikan bantuan kepada keluarga mangsa.

Terdahulu, PZD Baling juga turut menyalurkan bantuan segera berupa wang tunai
RM 200.00 dan kit bantuan makanan asas kepada mangsa.

Menurut wakil PZD Baling, pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah akan membantu untuk menyalurkan bantuan susulan selepas segala dokumentasi selesai.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.