Utama Berita Agihan PAK YA GEMBIRA DAPAT RUMAH BANTUAN ZAKAT KEDAH

PAK YA GEMBIRA DAPAT RUMAH BANTUAN ZAKAT KEDAH

BALING, 13 MAC 2019 – Hanya kata-kata syukur mampu diungkapkan bekas banduan paling lama dipenjara apabila permohonan bantuan rumah dilulusakn Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Banduan dipenjara 39 tahun, Zakaria Man, 64 tahun atau mesra membahasakan diri sebagai Pak Ya berkata, dia tidak menyangka rumah yang diidamkan telah dibina di atas tapak tanah ibu mertua, Rokiah Ali, 90 tahun di Kampung Charok Bakap di sini.

Menurutnya, permohonan rumah itu dibuat pada Januari tahun 2018 diluluskan beberapa bulan selepas itu.

“Dalam bulan Oktober, saya pergi ke pejabat zakat Kedah untuk tanya status rumah dan diberitahu permohonan telah lulus. Tetapi waktu itu belum dipastikan tarikh rumah akan dibina.

“Tidak lama kemudian, wakil LZNK maklum nak pi tengok tapak rumah untuk bina rumah bantuan zakat Kedah, Pak Ya tak tau nak cakap apa masa tu. Perasaan ini sangat gembira sampai mengalirkan air mata,” katanya kepada pemberita pada majlis kesyukuran menerima rumah dan kenduri arwah di Kampung Charok Bakap.

Katanya, rumah sumbangan LZNK itu mempunyai sebuah bilik, ruang tamu, tandas, dan bahagian dapur itu siap dibina pada Februari lalu.

“Walaupun rumah ini tidaklah sebesar mana tetapi saya dan isteri (Saodah Rashid, 40 tahun) sangat bersyukur kepada ALLAH kerana mempunyai tempat berteduh. Kami akan tinggal di sini dalam masa terdekat,” katanya.

“Kami juga ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) serta semua pembayar zakat di negeri Kedah yang membantu”, katanya.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.