Utama Berita Agihan ASNAF BARBER SHOP JANA PENDAPATAN EKONOMI ASNAF

ASNAF BARBER SHOP JANA PENDAPATAN EKONOMI ASNAF

KUBANG PASU, 23 APRIL 2019 – Mungkin bagi segenlitir orang, tukang gunting rambut bukanlah kerjaya yang glamour, tetapi bagi Badrol Hisham Shaari, 49, pekerjaan itu membolehkannya menjadi bos kepada perniagaan sendiri.

Dimulakan dan diakhiri dengan doa, itu antara pendekatan yang diterapkan di Asnaf Barber Shop di Masjid Al-Mutaqqin dekat Jitra.

Kedai gunting rambut yang mula beroperasi pada 5 April 2019 itu dikendalikan dua orang usahawan bumiputera, Badrol Hisham Shaari, 49, dan Muhammad Alif Ikmal Shafiabadi, 19, masing-masing mempunyai Sijil Asas Gunting Rambut daripada Kolej Komuniti yang diiktiraf.

Penyelaras Asnaf Barber Shop, Badrol Hisham berkata, pembinaan kedai gunting rambut sumbangan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) berkenaan merupakan salah satu usaha bagi menjana pendapatan harian.

Terdahulu, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Lembaga Zakat Negeri Kedah, YB. Dato’ Ammar Dato’ Shaikh Mahmood Naim, telah menyempurnakan perasmian Asnaf Barber Shop di bawah skim projek pembangunan ekonomi asnaf dengan kos tajaan sebanyak RM 36,821.30 di Masjid Al-Mutaqqin, Jitra.

Menurut YB. Dato’ Ammar, projek pembangunan ekonomi asnaf ini adalah bertujuan memberi peluang dan ruang dalam memperkasakan ekonomi asnaf yang berpotensi dan produktif dalam perniagaan dan menjenamakan perniagaan asnaf melalui Bantuan Modal yang diberikan kepada Asnaf Fakir Miskin.

Tambahnya lagi, Asnaf Barber Shop ini berkonsepkan kabin dan dilengkapi dengan segala peralatan dan kelengkapan bagi tujuan gunting rambut.

Dalam pada itu, Badrol berkata, ketika berurusan dengan pelanggan, beliau amat mengutamakan kualiti dan ketelitian, malah percaya sikap merendah diri akan membuatkan pelanggan lebih selesa serta setia dengan perkhidmatan yang ditawarkan.

Ditanya kelebihan berniaga bagi generasi muda, Muhammad Alif Ikmal berkata, bidang kerjaya itu memberi kepuasan dan kelebihan daripada aspek keuntungan pendapatan, waktu bekerja fleksibel dan mampu menguruskan sendiri masa dengan perniagaan.

 350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.