Utama Berita Agihan BAIKI KERETA JADI SUMBER PENDAPATAN NIZAM SEKELUARGA

BAIKI KERETA JADI SUMBER PENDAPATAN NIZAM SEKELUARGA

YAN, 14 OGOS 2018 – Memulakan perkhidmatan membaiki kereta dari rumah ke rumah dengan menunggang motosikal, kini Muhammad Nizam Md Salleh memiliki bengkel automotif di Kampung Dulang Kechil, Yan.

Berbekalkan ilmu asas yang dipelajari , Nizam yang meminati bidang automotif meneruskan pengalaman bekerja di sebuah bengkel milik orang suatu ketika dahulu.

Nizam berkata, setiap tiga bulan beliau akan menjalani beberapa kursus bagi mendalami bidang itu termasuk mengenai sistem dan enjin sesebuah kenderaan.

Muhamad Nizam,  44 tahun merupakan seorang mekanik kereta yang serba boleh, beliau telah menjalankan perkhidmatan membaiki kereta secara kecil-kecilan sebagai sumber pendapatan utama bagi menyara kos kehidupan seharian bersama seorang isteri serta 3 orang anaknya yang masih belajar.

Beliau menjalankan kerja-kerja membaiki kereta di bengkel miliknya bersebelahan sekolah kebangsaan Dulang Kechil, Yan. Namun begitu, beberapa peralatan di bengkel tersebut masih belum lengkap untuk menjalankan proses kerja membaiki kereta.

Walaupun begitu, beliau tetap terus menjalankan kerja-kerja tersebut dengan peralatan yang agak terbatas dan adakalanya perlu meminjam peralatan daripada rakan-rakan yang lain.

Kini beliau dapat menarik nafas lega apabila Pejabat Zakat Daerah Yan telah meluluskan bantuan jaya diri berbentuk peralatan satu unit 760 Impact Wrench dan Mini Inverter kepada beliau.

Terdahulu, wakil Pejabat Zakat Daerah Yan telah menyerahkan peralatan tersebut kepada Nizam di Pejabat Zakat.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.