Utama Berita Bantuan KEDIAMAN KAMARUDIN MUSNAH DALAM KEBAKARAN

KEDIAMAN KAMARUDIN MUSNAH DALAM KEBAKARAN

BANDAR BAHARU, 13 OGOS 2018 – Sebuah keluarga yang tinggal di Kampung Kuala Dingin Selama Kedah tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka terlibat dalam tragedi kebakaran yang memusnahkan hampir 80 peratus rumah mereka.

Pegawai Zakat Bandar Baharu, Haji Md Sharif Md Isa, bersama Penolong Pegawai sejurus menerima berita berkenaan sekaligus bergegas ke lokasi kejadian bagi melihat sendiri keadaan yang dialami mereka sekeluarga.

Menurut mangsa Kamarudin Che Lah, 51 tahun dan isteri sedang tidur sewaktu kejadian berlaku kira-kira jam 2.00 Pagi itu disedari oleh anak mangsa yang ketika itu menonton televisyen.

Dalam pada itu, Seramai 8 penghuni di kawasan tersebut sempat menyelamatkan diri dan  dokumen-dokumen penting.

Walaubagimanapun, Kamarudin berkata, beliau sangat bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Susulan kejadian itu, pihak bomba berjaya memadam kebakaran 45 minit kemudian dan anggaran kerugian adalah sebanyak RM15,000. Menurut ketua Balai Bomba dan Penyelamat daerah Bandar Baharu, mereka masih dalam siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar kebakaran.

Terdahulu, Haji Md Sharif turut menyerahkan bantuan kecemasan sebanyak RM300 dan kit makanan asas kepada keluarga mangsa.

Turut hadir sama dalam lawatan ke lokasi kejadian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Dato’ Noor Sabrina Mohd Noor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.