Utama Berita Kutipan BERKHIDMAT, MENCARI KEBERKATAN HARTA

BERKHIDMAT, MENCARI KEBERKATAN HARTA

KULIM, 25 OKTOBER 2018 – Kakitangan Sekolah Kebangsaan Taman Jelutong telah menerima kunjungan daripada Pejabat Zakat Daerah Kulim dalam memenuhi permintaan pihak sekolah untuk membantu kakitangannya melakukan pengemaskinian bayaran zakat pendapatan mereka melalui pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Kaunter tersebut telah menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada seluruh warga SK Taman Jelutong untuk mengajukan pertanyaan berkaitan agihan dan kutipan zakat di Negeri Kedah. Malah, ada diantara mereka telah melakukan pengemaskinian bayaran zakat setelah pengiraan yang betul digunakan.

Menurut Ustaz Nur Salam, tugas sebagai pendidik merupakan diantara cabang pekerjaan yang mulia di sisi agama dan amat merugikan sekiranya hasil pendapatan yang diterima tidak dikeluarkan zakat dengan sebaiknya. Disamping mendidik, mereka turut berkesempatan berkhidmat membantu asnaf mencari keberkatan melalui zakat yang dikeluarkan.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.