Utama Berita Agihan PESAKIT BUAH PINGGANG DISANTUNI ZAKAT KEDAH

PESAKIT BUAH PINGGANG DISANTUNI ZAKAT KEDAH

KULIM, 23 OKTOBER 2018 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui Penolong Pegawai Zakat Daerah Kulim,  telah turun menziarahi AlBalkhis Hassan, 55 tahun, di Taman Belian, Kulim.

Ustaz Mohd Khalil berkesempatan bertemu beliau dan melihat serta menyelami masalah yng dihadapi olehnya.

Menurut AlBalkhis, beliau telah disahkan mengalami kegagalan fungsi buah pinggang tahap akhir dan memerlukan rawatan dialisis secara berkala. Katanya, Beliau perlu menjalani rawatan susulan di Klinik Pakar Perubatan, Hospital Kulim dan telah disarankan oleh doktor untuk menjalani rawatan Hemodialisis dengan kadar segera.

Beliau dan isteri kini tinggal menyewa di Taman Belian dengan bayaran bulanan
RM 400.00. Beliau hanya memperoleh pendapatan harian hasil daripada jualan kuih muih yang diusahakan oleh isterinya demi menyara dan menangung kos sara hidup mereka sekeluarga.

Beliau mempunyai 5 orang anak dan 3 daripanya kini sudah berkahwin dan tinggal berasingan, manakala anak keempatnya sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Pahang dan merupakan salah seorang penerima tajaan biasiswa daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah dalam bidang kedoktoran.

Ustaz Khalil berkata, “Melihat keadaan yang dihadapi oleh keluarga ini, pihak kami akan membantu beliau bagi menyalurkan bantuan sewajarnya setelah proses dokumentasi selesai.”

Terdahulu, Ustaz Khalil turut meyerahkan kit bantuan makanan asas kepada AlBalkhis bagi meringankan beban mereka sekeluarga.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.