Utama Berita Kutipan KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN, MUDAHKAN URUSAN KAKITANGAN KOLEJ KOMUNITI

KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN, MUDAHKAN URUSAN KAKITANGAN KOLEJ KOMUNITI

KULIM, 23 OKTOBER 2018 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui Pejabat Zakat Daerah Kulim berkesempatan turun padang bagi membuka kaunter khidmat pelanggan di Perpustakaan Kolej Komuniti Kulim dalam usaha membantu kakitangan mereka menunaikan kewajipan berzakat.

Pembukaan kaunter ini juga bertujuan memberikan pendedahan kepada kakitangan kolej dalam membuat pengemaskinian bayaran zakat secara bulanan serta menjalankan taksiran semula keatas gaji yang diterima oleh mereka.

Sepanjang pembukaan kaunter ini berlangsung, rata-rata kakitangan Kolej Komuniti  telah mengunjungi kaunter tersebut. Pelbagai pertanyaan dan kemushkilan yang ditanyakan kepada kakitangan zakat berkaitan teknik pengiraan zakat pendapatan yang betul dan skim bantuan zakat yang ada di LZNK.

Kaedah pembayaran melalui atas talian turut dipromosikan kepada mereka. Hampir kesemua yang hadir masih tidak mengetahui berkenaan portal bayaran zakat di Negeri Kedah kerana masih baru dilancarkan pada tahun ini.

Orang ramai dan masyarakat di negeri Kedah khusunya digalakkan untuk melayari portal rasmi bayaran zakat Lembaga Zakat Negeri Kedah di https://jom.zakatkedah.com.my untuk maklumat lanjut berkenaan portal tersebut.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.