Utama Berita Agihan BOLEH AMBIL MAKANAN ASAS DI 578 MASJID SELURUH KEDAH

BOLEH AMBIL MAKANAN ASAS DI 578 MASJID SELURUH KEDAH

ALOR SETAR, 01 JULAI 2021 :- Penduduk yang terputus bekalan makanan boleh mendapatkan makanan asas disediakan melalui program bank makanan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) di 578 masjid seluruh Kedah.

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Zakaria Othman, berkata golongan yang kelaparan akibat terputus sumber pendapatan boleh terus menghubungi pengurusan masjid untuk mengambil set bekalan makanan berkenaan.

Katanya, mereka juga tidak perlu mengisi borang berikutan pihaknya sudah memperuntukkan RM1 juta sebulan bagi penyediaan bantuan makanan asas terbabit.

“Antara jenis makanan dibekalkan LZNK di masjid adalah beras, gula, teh, kopi, telur, sardin, tepung, kicap, sos, bihun dan lain-lain.

“Kita sentiasa pantau sekiranya mana-mana masjid memerlukan bekalan makanan, kita akan hantar segera. Yang penting mereka tidak perlu isi sebarang borang untuk dapatkan makanan,” katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.

Zakaria berkata, program bank makanan LZNK mula diperkenal sejak 2018 dan sistem bantuan ini sudah kukuh serta memberi banyak manfaat kepada golongan memerlukan.

Bagaimanapun, katanya, individu yang memerlukan bantuan kewangan segera perlu menghubungi pengurusan masjid atau amil di kawasan mereka.

“Kita sedang menaik taraf sistem sedia ada bagi memastikan ia tidak banyak kerenah birokrasi dan memudahkan orang ramai.

“Namun, kita tetap perlu semak juga supaya tiada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dari setiap bantuan diberi,” katanya.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.