Utama Berita Agihan ‘FOOD BANK’ ZAKAT KEDAH TERUS BERI MANFAAT KEPADA ASNAF

‘FOOD BANK’ ZAKAT KEDAH TERUS BERI MANFAAT KEPADA ASNAF

KUALA MUDA, 24 FEBRUARI 2020 :- Baru-baru ini, Masjid Batu 5 Jalan Jeniang telah mengadakan majlis pengagihan bantuan makanan kepada asnaf di dalam qaryah berkenaan.

Bekalan makanan asas yang dibekalkan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dibawah program Bantuan Pusat Bekalan Makanan (Food Bank) itu digunakan sebaik mungkin untuk diagihkan kepada asnaf yang berkelayakan.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan tazkirah ringkas dari Imam Masjid, Ustaz Zubir Abu Bakar kepada semua penerima yang terlibat berkenaan kepentingan dan kelebihan berjemaah di masjid diharapkan dapat menjadi satu peringatan dan semangat kepada semua yang terlibat.

Pihak LZNK juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak masjid terutamanya Imam, Ahli Jawatankuasa Masjid dan juga Penolong Amil Qaryah yang banyak membantu asnaf dalam qaryah masing-masing.

Bagi mereka yang terputus bekalan makanan, anda kini boleh dapatkan bekalan makanan di masjid qaryah anda dengan merujuk kepada imam dan penolong amil qaryah masing-masing.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.