Utama Berita Agihan TAKLIMAT PERLAKSANAAN PROGRAM AGIHAN PUSAT BEKALAN MAKANAN (FOOD BANK) DAN KIT RAMADHAN

TAKLIMAT PERLAKSANAAN PROGRAM AGIHAN PUSAT BEKALAN MAKANAN (FOOD BANK) DAN KIT RAMADHAN

KUALA MUDA, 30 MEI 2019 – Pihak Pejabat Zakat Daerah Kuala Muda telah berjaya menjalankan satu taklimat dan penerangan berkaitan program agihan terbaru yang dijalankan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Program itu turut 102 orang penolong amil dari 76 buah masjid yang terdapat dalam daerah Kuala Muda dijemput ke majlis berkenaan.

Majlis yang diadakan di Masjid Al-Abrar, Taman Peruda bertujuan memberi penerangan kepada semua penolong amil mengenai program agihan terbaru yang akan dijalankan tersebut.

Pusat Bekalan Makanan (Food Bank) telah mula diperkenalkan pada tahun 2018 dengan dimulakan di daerah Baling dan Sik.

Menjelang bulan Mei 2019, program ini sudah menyeluruh ke semua daerah dalam Negeri Kedah termasuklah daerah Kuala Muda.

Dalam masa yang sama, penerangan berkaitan bantuan terbaru yang dinamakan sebagai Kit Ramadhan turut dijelaskan kepada semua penolong amil yang terlibat.

Mereka dibekalkan dengan dokumen-dokumen berkaitan yang diperlukan sepanjang proses pengagihan tersebut.

Majlis turut disusuli dengan penyerahan bantuan saguhati kepada kesemua penolong amil yang telah banyak membantu pihak zakat dalam menjejaki asnaf dan menyampaikan dakwah zakat.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.