Utama Berita Agihan GURU KAFA BERSYUKUR MILIKI RUMAH BAHARU

GURU KAFA BERSYUKUR MILIKI RUMAH BAHARU

ALOR SETAR, 09 FEBRUARI 2021 – “Selama 12 tahun kami tinggal dalam pondok yang mempunyai satu bilik, malah menggunakan almari sebagai penghadang bagi mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan,” kata Mohamad Nasir Ismail, 38.

Nasir yang juga guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) berkata, dia tidak mampu membeli rumah selesa untuk isteri dan tiga anaknya kerana hanya berpendapatan kira-kira RM1,100 sebulan.

Katanya, dia juga tidak mempunyai pilihan selain terus tinggal di pondok berikutan sukar mendapat pembiayaan perumahan daripada institusi kewangan.

“Isteri saya, Norbaizura Ramli, 39, juga guru KAFA dengan gaji yang sama. Jika dicampur gaji kami berdua pun masih tidak layak mendapat pinjaman daripada institusi kewangan.

“Sebab itu kami buat penghadang untuk asingkan tempat tidur seorang anak lelaki dan dua anak perempuan dengan almari, jika mahu tambah ruang baharu tidak boleh sebab menumpang,” katanya yang sebelum ini tinggal di Pondok Kepala Bukit, Bukit Pinang, dekat sini.

Mohamad Nasir berkata demikian selepas menerima kunjungan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) di Telok Gerigis, Tajar, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengurus Besar Hubungan Strategik BIMB Mohd Nazri Chik.

Keluarga berkenaan bakal menerima rumah baharu di bawah Projek Pembiayaan Peribadi i-Asnaf dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK Zakaria Othman berkata, di bawah projek berkenaan, pihaknya menanggung 50 peratus atau RM22,500 kos pembinaan rumah bagi golongan asnaf bergaji dan 50 peratus lagi melalui pembiayaan peribadi Bank Islam.

Katanya, skim itu hanya untuk pasangan yang menerima elaun atau gaji tidak melebihi RM2,400 sebulan dan dikategorikan sebagai tidak layak mendapat pembiayaan peribadi bank.

“Seramai 20 lagi asnaf bergaji atau elaun dijangka akan menerima rumah baharu menerusi projek pertama di Malaysia ini pada tahun ini,” katanya.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

 

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.