Utama Berita Agihan KEDIAMAN SAMSUN MUSNAH DIJILAT API

KEDIAMAN SAMSUN MUSNAH DIJILAT API

SIK, 05 DISEMBER 2018 – Keluarga Samsun Hanafiah, 35 tahun kini hanya tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka musnah dijilat api dalam tragedi kebakaran yang berlaku baru-baru ini.

Hasil maklumat daripada Penolong Amil, Ustaz Masol yang memaklumkan bahawa anak qariah berdekatan kawasan beliau diduga dengan tragedi kebakaran, Pejabat Zakat Daerah Sik terus cakna dalam menghulurkan bantuan segera.

Mangsa, Mohamamad Samsun Hanafiah, menceritakan detik berlakunya kejadian itu semasa beliau sekeluarga tiada di rumah dan hanya mengetahui perkara tersebut setelah dimaklumkan oleh jiran melalui telefon.

Sehubungan itu, beliau segera pulang ke rumah, Namun begitu, api yang marak sudah pun membakar hampir 80% rumahnya.

Menurut Samsun walaupun keadaan mereka kini hanya sehelai sepinggang, namun beliau tetap bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku semasa kejadian tersebut.

Justeru itu pihak Bomba dan Penyelamat daerah Sik masih dalam siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran tersebut berlaku.

Terdahulu Pegawai Zakat Daerah Sik, Ustaz Mohd Khairul Nizam bersama Penolong Amil, Ustaz Masol atau lebih mesra disapa pak ngah, tampil bagi menyalurkan bantuan kit makanan dan wang kecemasan bagi meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh mereka sekeluarga.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.