Utama Berita Agihan KEDIAMAN AYOB MUSNAH DIJILAT API

KEDIAMAN AYOB MUSNAH DIJILAT API

BALING, 06 OGOS – Terpalit kisah hitam buat Ayob Ismail dan isteri, Azliza Azmi 38 tahun dari Kampung Seniyek, Kupang apabila rumah yang didiami mereka sekeluarga hangus dijilat api pada tengahari jumaat yang lalu.

Dia yang tinggal bersama keluarga dan ibu serta adik tidak dapat menyelamatkan apa2.

Menurut mangsa, ketika waktu kejadian berlaku mereka sekeluarga tidak ada dirumah dan hanya tahu kejadian tersebut melalui orang kampung sahaja.

” Waktu kejadian, kami tak dak dirumah, mak saya pi kenduri rumah adik beradik, adik saya pula dah pi solat jumaat tapi orang kampung tak bagitau sebab dia dok di saf depan”, katanya.

Walau bagaimanapun, Ayob berkata beliau sangat bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Sehubungan itu, pihak bomba dan penyelamat daerah Baling masih dalam siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca sebenar kebakaran dan kos kerugian.

Walapun keadaan mereka kini hanya tinggal sehelai sepinggang, namun nasib mereka sekeluarga tetap dibela oleh Pejabat Zakat Daerah Baling, melalui pegawainya, Ustaz Ahmad Mustaqim Zainul Abidin yang berkesempatan turun padang bagi meninjau keadaan mereka sekeluarga sekaligus menghulurkan sedikit bantuan segera berupa wang tunai RM200.00 serta kit makanan asas bagi mengurangkan sedikit bebanan yang ditanggung oleh mereka.

Dalam pada itu, Ahmad Mustaqim berkata pihaknya akan menyalurkan bantuan susulan musibah alam dalam masa terdekat.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.