Utama Asnaf Cemerlang LZNK TAJA RM300 RIBU BIASISWA PENDIDIKAN KEPADA PELAJAR UniSHAMS

LZNK TAJA RM300 RIBU BIASISWA PENDIDIKAN KEPADA PELAJAR UniSHAMS

BALING, 13 MAC 2019 –  Seramai 31 orang pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim (UniSHAMS) telah menerima surat tawaran tajaan biasiswa di bawah Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bagi pembiayaan pendidikan bernilai RM300 ribu kepada pelajar asnaf fisabilillah.

Surat tawaran tersebut telah disampaikan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman di Dewan Eksperimental, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (UniSHAMS) di sini.

Menurut Syeikh Zakaria, melalui jalinan kerjasama itu pihaknya menyatakan hasrat untuk membantu anak-anak Kedah yang cemerlang dalam akademik tetapi menghadapi masalah kekangan kewangan akan dibantu LZNK.


“Pelajar asnaf yang dibantu dengan pembiayaan penuh untuk melanjutkan beberapa program pengajian di UniSHAMS bagi peringkat Diploma seramai 12 pelajar dan Ijazah Sarjana Muda seramai 19 pelajar”

Menurutnya, biasiswa ini adalah satu platform kerjasama strategik yang berfokus, jangka masa panjang untuk tujuan pembangunan pendidikan anak-anak Kedah dalam kategori Asnaf Fi Sabilillah.

“Pelajar yang terpilih untuk biasiswa ini perlu terikat dengan perjanjian dengan LZNK, di mana mereka perlu memastikan kecemerlangan akademik mereka berterusan sehingga tamat pengajian dengan memperoleh CGPA minimum 3.50.

“Pemilihan pelajar yang layak akan dilakukan secara bersama oleh pihak LZNK dan UniSHAMS. Pelajar diploma layak mendapat biayaan sebanyak RM30,000 dan ijazah sarjana muda RM48,000 termasuk duit sara hidup sepanjang tempoh pengajian,” katanya.

Selain itu, “para pelajar yang memohon penajaan biasiswa ini juga perlu menjalani sesi temuduga dengan zakat Kedah terlebih dahulu, jika berjaya maka pelajar tersebut layak untuk menerima tajaan biasiswa ini”, katanya.

Sementara, Rektor UniSHAMS, Proffesor Dr. Shamsul Jamili Yeob berkata, selain meringan kos pengajian pelajar asnaf, usaha murni itu yakin dapat menarik lebih ramai pelajar ke institusi pengajian awam.

“Kita sudah ada senarai penerima biasiswa yang layak menerima bantuan ini dari LZNK,” katanya.

“Jalinan kerjasama ini, satu tanda pemuafakatan yang wujud antara institusi dalam negeri dan saling membantu membangunkan rakyat negeri ini dalam pelbagai aspek,” katanya.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

  HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.