Utama Asnaf Cemerlang MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SEKOLAH MENENGAH ISLAM DARUL IZZAH

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SEKOLAH MENENGAH ISLAM DARUL IZZAH

YAN, 26 NOVEMBER 2018 – Nabi SAW pernah bersabda ‘Sesiapa menginginkan dunia, hendaklah dia memiliki ilmu. Sesiapa yang mendambakan akhirat, mestilah dia memiliki ilmu. Sesiapa yang mahukan kedua-duanya, dia perlu memiliki ilmu’. Begitulah mafhumnya dalam menerangkan kepentingan mencari dan memiliki ilmu pengetahuan dalam kehidupan. Tuntutan kewajipan mencari ilmu tidak hanya di peringkat sekolah semata-mata, namun ditagih selagi nyawa dikandung badan.

Dalam pencarian ilmu, pelbagai jalan dan cara telah diwujudkan, termasuklah sekolah-sekolah yang pelbagai, bagi memudahkan penyampaian ilmu.

Terdahulu Lembaga Zakat Negeri Kedah melalui wakil, Hj Logman Hj Husain, Pegawai Zakat Daerah Yan, telah dijemput untuk merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang 2018 Sekolah Menengah Islam Darul Izzah bagi meraikan usaha anak-anak pelajar ini menimba ilmu dan cemerlang dalam peperiksaan. Majlis ini disambut meriah dengan kehadiran semua pelajar beserta waris pada hari terakhir persekolahan bagi sesi tahun 2018 ini.

Sekolah Menengah Islam Darul Izzah merupakan sebuah sekolah yang didirikan dengan tujuan murni menyampaikan ilmu secara pengajian kelas akademik, pengajian kitab turath cara pondok serta menekankan penghafalan kitab suci Al-Quran bagi membentuk keperibadian muslim yang seimbang dalam diri pelajar anak muda. Sekolah tersebut juga dibangunkan atas hasil sumbangan masyarakat semata2, termasuklah hasil kutipan zakat umat Islam, dan telah menjadi ejen kutipan zakat secara rasmi bagi pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah sejak beberapa tahun.

Seruan agar kita menunaikan zakat, bukan sekadar membersihkan harta kita semata, bahkan membantu dalam jalan penyebaran ilmu agar iman dapat dipupuk bagi menghasilkan manusia yang kenal dan mengabdikan diri kepada Tuhan. Tunaikanlah zakat anda dengan Lembaga Zakat Negeri Kedah, dengan pelbagai cara dan kaedah, termasuklah ejen sekolah yang telah dilantik. Terima kasih pembayar zakat, zakat anda, kami agih demi kemajuan umat bersama.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.