Utama Asnaf Cemerlang MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PERKHIDMATAN ANTARA LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH DENGAN KULIM ADVANCED...

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PERKHIDMATAN ANTARA LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH DENGAN KULIM ADVANCED TECHNOLOGIES

KULIM, 04 DISEMBER 2018 – Lembaga Zakat Negeri Kedah dengan kerjasama Kulim Advance Technologies telah melancarkan satu program baharu kemahiran industri belia asnaf yang ditaja sepenuhnya oleh LZNK dengan peruntukan sebanyak RM165,000.00.

Seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada asnaf telah dipilih untuk mengikuti kursus kawalan kualiti selama 3 ½ bulan ini dengan jaminan pekerjaan setelah tamat latihan.

Objektif utama program ini adalah untuk menyediakan platform latihan dan kemahiran industri kepada golongan belia asnaf Negeri Kedah di samping dapat membangunkan ekonomi golongan belia asnaf ke tahap yang lebih tinggi sekaligus dapat membantu keluarga mereka untuk keluar daripada kepompong kemiskinan.

Terdahulu seramai 27 orang peserta program ini telah mengikuti sesi temuduga yang diadakan di Kompleks Pembangunan Asnaf Mergong Kedah pada 14 November 2018.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.