Utama Berita Agihan 82 KIT BANTUAN MAKANAN DIAGIHKAN KEPADA WARGA ORANG ASLI LUBUK LEGONG

82 KIT BANTUAN MAKANAN DIAGIHKAN KEPADA WARGA ORANG ASLI LUBUK LEGONG

BALING, 02 DISEMBER 2018 – Sebanyak 82 keluarga Orang Asli dari Kampung Lubuk Legong telah disantuni PZD Baling baru-baru ini.

Kunjungan tersebut telah diketuai oleh Pegawai Zakat Daerah Baling, Ustaz Ahmad Mustaqim Zainul Abidin.

Menurut Tok Batin, Razali Kulim, mereka yang terdiri daripada orang asli suku kaum Kensiu itu telah mendapat perhatian Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), apabila terdapat 7 keluarga yang masih belum memeluk agama Islam.

Walaupn begitu, usaha murni dakwah tersebut masih terus giat dijalankan oleh dua orang penggiat dakwah iaitu Ustaz Nasaruddin Jamaludin dan Ustazah Rohana Md Ali yang turut serta dalam program serahan bantuan tersebut.

Terdahulu, Pegawai Zakat Dearah Baling telah menyerahkan bantuan kit makanan asas kepada seluruh keluarga orang asli.

Menurut beliau, senada dalam usaha merialisasikan agenda utama Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Zakat Negeri Kedah untuk membantu mereka sekaligus mempamerkan keindahan islam buat keluarga-keluarga yang masih belum memeluk agama islam dalam masyarakat orang asli tersebut.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.