Utama Berita Bantuan MAJLIS PENYERAHAN DAN AGIHAN ZAKAT SERTA PENTAULIHAN AMIL

MAJLIS PENYERAHAN DAN AGIHAN ZAKAT SERTA PENTAULIHAN AMIL

17 APRIL 2018 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman telah perkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Penyerahan dan Agihan Zakat serta Pentauliahan Amil bagi tahun 2018 bertempat di TH Hotel & Convention Center Alor Setar, Kedah.

Dalam Majlis tersebut sebanyak 13 buah Agensi Korporat telah menyerahkan zakat perniagaan mereka kepada KDYMM Tuanku Sultan Negeri Kedah dengan jumlah keseluruhan RM17,281,505.63. Antara Syarikat Korporat yang terlibat dalam penyerahan tersebut adalah Lembaga Tabung Haji (LTH), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Plus Malaysia Berhad, Bina Darulaman Berhad (BDB), Bank Rakyat, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Bank Islam Malaysia Berhad, Celcom Axiata Berhad, Kulim Technology Park Corporation Sdn.Bhd (KTPC), Enviroment Idaman Kedah & Perlis, Panorama Langkawi, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), dan Syarikat Air Darulaman (SADA).

Manakala bagi Agihan zakat pula sebanyak 16 skim bantuan zakat turut diagihkan pada majlis tersebut dengan jumlah keseluruhan agihan RM 138,764,064.00. Antaranya Agihan Balik Untuk Pusat Penyelidikan dan Inovasi Zakat (UUM), Biasiswa pelajar Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UNISHAMS), Peruntukan bantuan peruntukan musibah melalui pejabat daerah, Dermasiswa pelajar Mesir, Jordan dan Indonesia, Bantuan kewangan miskin bulanan, Agihan balik 3/8 kepada sekolah dibawah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Dermasiswa IPT dalam Negara dan biasiswa IPTA, Sekolah zakat, Pondok Moden dan Maahad Sultan Abdul Halim Ad-Dini, Elaun pegawai masjid dan guru agama Kampung, Bantuan pembinaan, membaikpulih rumah dan bantuan jayadiri, Bantuan bekalan makanan fakir miskin daerah Baling dan Sik, Pusat kemahiran jahitan zakat Kedah, Biasiswa pelajar cemerlang, Pusat Haemodialisis zakat Kedah (PHZK), dan Bantuan saudara baru (MUALAF).

Manakala, dalam majlis yang sama juga, seramai 1175 orang Amil Zakat Fitrah meliputi seluruh Negeri Kedah telah menerima pentauliahan amil daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dengan Jumlah Masjid yang terlibat adalah sebanyak 575 buah meliputi 12 daerah di Negeri Kedah.

Dalam program Penyerahan dan Agihan Zakat serta Pelantikan Amil ini, KDYMM Tuanku Sultan Sallehuddin menitahkan supaya seluruh rakyat Negeri Kedah Darul Aman menunaikan kewajipan Zakat Fitrah dan Zakat Harta kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah sebagai amil rasmi yang dilantik mewakili Baginda selaku ulil amri.

Baginda juga menyeru seluruh rakyat Negeri Kedah Darul Aman termasuklah semua jenis syarikat sama ada yang berkaitan kerajaan (GLC) mahu pun swasta, serta institusi-institusi yang berkewajipan menunaikan zakat, untuk menunaikan semua jenis zakat yang wajib termasuklah Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat KWSP, Zakat Emas dan Perak, Zakat Binatang Ternakan, Zakat Pertanian, Zakat Padi, Zakat Saham, Zakat Galian dan lain-lain zakat harta mengikut taksiran yang betul seperti yang telah ditetapkan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman.

Selain itu, baginda juga melarang keras mana-mana individu, institusi pendidikan, badan bukan kerajaan atau sebagainya yang mengutip zakat tanpa kebenaran Lembaga Zakat Negeri Kedah mahupun mewakili agensi zakat negeri lain untuk mengutip zakat di Negeri Kedah Darul Aman.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut, wakil kepada YAB Menteri Besar Kedah, YB Dato’ Mohd Rawi Abdul Hamid, Exco Kerajaan Negeri Kedah, Ahli-ahli Lembaga Zakat Negeri Kedah, Ahli-ahli Majlis Agama Islam Negeri Kedah, wakil ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Agama Daerah, Syarikat Korporat serta kakitangan Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.