Utama Berita Agihan MANGSA RIBUT DAERAH YAN DIBANTU ZAKAT KEDAH

MANGSA RIBUT DAERAH YAN DIBANTU ZAKAT KEDAH

YAN, 01 OKTOBER 2018 – Seperti yang diketahui, Yan merupakan sebuah daerah yang dikelilingi oleh kawasan laut dan sawah padi. Oleh itu, penduduk di kawasan berhampiran sangat berpotensi untuk menghadapi kemungkinan dengan bencana angin ribut yang kuat.

Berikutan bencana angin ribut yang terjadi di daerah Yan, baru-baru ini Pegawai Zakat Daerah Yan, Haji Logman telah melawat beberapa buah rumah yang terlibat dengan kejadian tersebut.

Menurut Haji Logman, lawatan ini bertujuan untuk menentukan jumlah kerosakkan sebenar dan selepas itu, bantuan susulan akan disalurkan. Tambahnya lagi, pihak zakat Daerah Yan sentiasa komited untuk membantu golongan asnaf terutamanya bagi yang terlibat dengan ujian bencana alam ini.

Justeru itu, pihak zakat berharap agar lebih ramai lagi masyarakat di luar sana menjalankan kewajipan mereka sebagai orang islam dalam menunaikan zakat supaya dapat membantu golongan asnaf yang tidak berkemampuan untuk hidup dalam keadaan selesa.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.