Utama Berita Agihan MASJID JADI MEDIUM TEMPAT AGIHAN ZAKAT

MASJID JADI MEDIUM TEMPAT AGIHAN ZAKAT

SIK, 23 APRIL 2019 – Masjid Pekan Sik baru-baru ini telah mengadakan majlis bancian semula penerima bantuan bulanan zakat yang dihadiri seramai 135 penerima bagi mendengar taklimat mengenai prosedur proses bancian semula.

Dalam majlis yang sama, Imam Masjid Pekan Sik, Ustaz Ahmad turut memberikan kuliah ringkas dalam slot kerohanian serta pengisian ilmu kepada asnaf mengenai tauhid akan kebesaran Allah SWT.

Majlis diteruskan dengan penolong amil, Ustaz Ghani memberi penerangan akan proses yang perlu dilalui untuk bancian semula.

Ustaz Ghani juga mengingatkan kepada penerima yang sudah keluar dari asnaf zakat, agar tidak perlu membuat bancian. Penglibatan masjid sebagai medium agihan zakat harus dilihat dari sudut positif.

Semua 30 masjid dalam daerah Sik kini adalah tempat agihan zakat dari segi bantuan kewangan atau bantuan segera berbentuk makanan.

 350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.