Utama Berita Agihan LZNK LANCAR LORI KAUNTER BERGERAK

LZNK LANCAR LORI KAUNTER BERGERAK

ALOR SETAR, 24 APRIL 2019 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menambah kaunter bergerak dalam usaha menambah baik sistem penyampaian dan kecekapan perkhidmatan awam kepada masyarakat di Negeri Kedah.

Ketua Pegawai Eksekutif (LZNK), Syeikh Zakaria Othman berkata, kaunter itu dilengkapi peralatan komputer dan komunikasi, selain sistem keselamatan termasuk kamera litar tertutup (CCTV), kemudahan jalur lebar (WiFi) serta sistem data pengguna.

Katanya, lori kaunter bergerak itu berperanan membuat rondaan secara berjadual bagi memudahkan pengguna menjalankan urusan permohonan, pentaksiran, pembayaran, mengemaskini dan mencetak penyata zakat mereka.

“Lori kaunter bergerak berkenaan yang dianggotai kakitangan LZNK akan ditugaskan untuk melakukan rondaan di seluruh Negeri Kedah bagi bergerak terus ke lokasi yang ditetapkan untuk memudahkan pelanggan berurusan”.

“Penambahan kaunter bergerak itu juga susulan sambutan positif orang ramai termasuk berjaya meningkatkan kutipan zakat serta pelbagai kemudahan yang disediakan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran rasmi lori kaunter bergerak Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yang disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Lembaga Zakat Negeri Kedah, YB. Dato’ Ammar Dato’ Shaikh Mahmood Naim di perkarangan Wisma Darul Aman, Alor Setar.

Dato’ Ammar berkata, lori yang telah diubahsuai menjadi kaunter bergerak LZNK akan memulakan operasi secepat mungking di dua belas daerah meliputi seluruh Negeri Kedah.

Selain itu, kaunter bergerak ini akan berada di lokasi strategik yang menjadi tumpuan ramai seperti di Jabatan Kerajaan, Swasta, Sekolah, Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan sebagainya.

 350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.