Utama Berita Bantuan Masjid Nurul Salam, Ewa Langkawi Raih Tempat Pertama Bagi Kutipan Zakat Fitrah

Masjid Nurul Salam, Ewa Langkawi Raih Tempat Pertama Bagi Kutipan Zakat Fitrah

22 Ogos 2017 – Seramai 3,215 orang amil zakat fitrah seluruh negeri Kedah hari ini hadir bagi memeriahkan Majlis Kutipan Zakat Fitrah dan Penyerahan Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Agama Nidzomi.

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui Ketua Pegawai Ekskeutifnya, Tuan Syeikh Zakaria Othman berkata, anugerah kutipan zakat fitrah tertingi pada tahun ini diberikan sebagai menghargai jasa dan sebagai pendorong untuk mereka terus berusaha lebih lagi pada tahun akan datang.

…tahun ini kita (LZNK) buat kelainan dengan majlis sebelumnya dimana kita ambil kenaikan peratusan tertinggi sahaja untuk tempat pertama, kedua dan ketiga.

Syeikh Zakaria turut mengulas kewujudan pembantu amil disetiap kariah akan mula dilaksanakan selepas beberapa perbincangan dan dasar telah disempurnakan.

Mengulas mengenai kewujudan pembantu amil ini, beliau berkata pembantu amil ini akan mencari golongan asnaf di kariah masing-masing dan beliau juga lah yang akan menyiasat dan menyelidik setiap permohonan yang ada di kariah masing.

…selepas ini, asnaf akan terus berjumpa dengan pembantu amil ini kerana individu ini dekat dengan mereka. Pembantu amil inilah yang akan menentukan kelayakan seseorang individu terbabit dan perkara ini dilihat sebagai keseragaman berpusat.

Beliau ditemui ketika menyampaikan anugerah kepada Masjid Nurul Salam, Ewa Langkawi dengan peratusan kenaikan  zakat fitrah sebanyak 290.9%, diikuti oleh Masjid Al-Fateh, Serdang dengan peningkatan sebanyak 286.7% dan tempat ke-3 oleh Masjid Alor Pudak, Pendang dengan peratusan kenaikan sebanyak 152%

 

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.