Utama Berita Kutipan MENJUNJUNG KASIH DYTM TUANKU RAJA MUDA KEDAH ATAS PERKENAN MENYEGERAKAN BAYARAN ZAKAT...

MENJUNJUNG KASIH DYTM TUANKU RAJA MUDA KEDAH ATAS PERKENAN MENYEGERAKAN BAYARAN ZAKAT FITRAH

PENDANG, 16 APRIL :- Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas keberangkatan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah bagi menunaikan zakat fitrah untuk diri dan tanggungannya pada tahun ini.
Sesungguhnya hasrat dan tindakan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku dalam menyegerakan pembayaran zakat ini amatlah disanjung dan patut dijadikan contoh kepada seluruh rakyat di Negeri Kedah Darul Aman supaya tidak bertangguh dalam menunaikan kewajipan rukun Islam yang ketiga.
Secara rekod, jumlah kutipan Zakat Fitrah bagi tahun 2020 yang telah ditunaikan oleh umat Islam kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah adalah sebanyak RM10,643,279.97 dan semuanya telah diagihkan dengan sempurna kepada asnaf yang layak.
Pada tahun 2021, pihak LZNK mensasarkan kutipan Zakat Fitrah sebanyak RM11,500,000.00. Seperti tahun-tahun sebelumnya, daripada jumlah sasaran ini pihak LZNK telah merangka beberapa skim agihan bagi menampung keperluan asnaf di samping membantu kelangsungan hidup mereka sepanjang Ramadhan dan Aidilfitri dengan penuh rasa kesyukuran dan kegembiraan.
Antaranya ialah agihan kepada hampir 13,000 orang asnaf penerima Bantuan Kewangan Bulanan sedia ada di negeri Kedah yang akan menerima bantuan tunai sebanyak RM500 bagi menghadapi Ramadan dan Aidilfitri yang akan menjelma tidak lama lagi.
Selain itu, seramai hampir 300 orang asnaf Muallaf di negeri Kedah juga akan menerima bantuan dengan jumlah yang sama di samping 11,200 orang guru agama kampung di seluruh negeri Kedah akan menerima bantuan tunai sebanyak RM400 seorang bagi meringankan beban dan membantu mereka menghadapi dua bulan mulia ini.
Dalam waktu yang sama, LZNK juga mensasarkan untuk mengagihkan sebanyak 39,000 ekor ayam kepada kira-kira 13,000 orang asnaf di negeri Kedah serta membuka ruang dan peluang kepada orang ramai untuk turut membantu dan membuat sumbangan dalam Program Infak Aidilfitri ini melalui platform portal Asnaf Care di:
Anda juga boleh tunaikan zakat fitrah secara online di:

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.