Utama Berita Agihan PELAJAR SEKOLAH TERIMA MANFAAT BANTUAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH (LZNK)

PELAJAR SEKOLAH TERIMA MANFAAT BANTUAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH (LZNK)

BALING, 25 NOVEMBER 2018 – Tahun 2018 kini semakin melabuhkan tirainya begitu juga dengan cuti sekolah yang baru saja bermula. Namun Rata-rata ibu bapa sudah mula memikirkan tentang persiapan dan kelengkapan pakaian sekolah anak-anak mereka untuk pembukaan sekolah pada sesi 2019 yang hanya berbaki sebulan lebih sahaja lagi.

Bagi mereka yang mempunyai anak ramai yang masih bersekolah, dan pendapatan tidak menentu, sudah pasti menjadi keresahan setiap kali menjelang musim persekolahan.

Hal demikian menjadi sebahagian daripada peranan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dalam membantu golongan asnaf bagi memenuhi keperluan asas persekolahan anak-anak mereka. Terdahulu, LZNK telah memperuntukkan sebanyak 100 pasang pakaian seragam sekolah rendah bagi setiap sekolah.

Menurut Pegawai Zakat Daerah Yan, Hj Logman Husain berkata, “bagi Daerah Yan, sebanyak 2,100 pasang pakaian sekolah telah diterima dan diagihkan kepada 21 buah sekolah di sekitar Daerah Yan sebagai persediaan sesi persekolahan 2019 yang akan datang tidak lama lagi”.

Harapan LZNK, dengan adanya bantuan seperti ini, dapat meringankan perbelanjaan keluarga asnaf dalam menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak mereka supaya tidak tercicir untuk mendapatkan Pendidikan yang sewajarnya.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.