Utama Berita Bantuan PENGORBANAN SEORANG IBU

PENGORBANAN SEORANG IBU

KUBANG PASU, 01 OGOS 2018 – Kasih sayang seorang ibu memang tiada tolok bandingnya. Malahan mereka sanggup berkorban apa saja demi memastikan anak-anak dalam keadaan terjaga. Sungguhpun begitu, jasa dan pengorbanan ibu tidak dapat dibalas dengan wang ringgit mahupun harta benda.

Baru-baru ini Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu melalui wakilnya, Mohd Naim berkesempatan menziarahi keluarga tersebut di Kampung Belimbing, Changlun Kedah.

Selimah Yob, 67 tahun merupakan seorang ibu yang sangat tabah dalam mengharungi ujian dan dugaan apabila anak lelakinya Abdul Rahim, 44 tahun telah disahkan mengalami strok ketika menjalani rawatan di Hospital Kangar pada penghujung bulan Jun lalu.

Namun begitu, Selimah sekali lagi diuji apabila mendapati anaknya disahkan menghidap kanser prostat dan kini keadaan Abdul Rahim tidak mampu untuk bergerak mahupun menguruskan diri sendiri, berikutan itu beliau terpaksa bergantung sepenuhnya terhadap ibu beliau.

Menurut wakil PZD Kubang Pasu, Selimah dan anaknya merupakan penerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM). Walaubagaimanapun, pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah(LZNK) akan mempertimbangkan bantuan sewajarnya untuk disalurkan kepada Selimah dan anaknya.

Terdahulu, kit bantuan makanan asas telah diserahkan kepada keluarga tersebut bagi meringankan sedikit bebanan yang ditanggung mereka sekeluarga.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.