Utama Berita Agihan “FROZEN FOOD” PUNCA PENDAPATAN KHAIRUL

“FROZEN FOOD” PUNCA PENDAPATAN KHAIRUL

KUALA MUDA, 01 OGOS 2018 – Semakin tua bumi ini, semakin banyak kemajuan dan pembaharuan. Maka itu, semakin sibuk jugalah masyarakat dunia yang kini lebih memilih kepada kehidupan yang serba ringkas, cepat, dan mudah. Dikesempatan inilah, segelintir manusia mencari peluang untuk mereka cipta peluang perniagaan.

Produk makanan sejuk beku telah mengambil peluang ini dan kini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan. Makanan sejuk beku di simpan dalam suhu antara -18 dan kebawah dan tujuannya adalah untuk memastikan makanan terus segar dan tahan lama. Suhu persekitaran makanan dikawal supaya mikroorganisma tidak boleh menyebabkan makanan itu menjadi rosak dan busuk.

Perniagaan sejuk beku kini makin mendapat perhatian masyarakat kerana kelazatannya, mudah dan menjimatkan masa.

Terdahulu, Pejabat Zakat Daerah Kuala Muda telah menyerahkan bantuan jayadiri berupa ‘Flour Mixing Machine’ kepada Khairul Ariffin Abd Manaf di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang.

Khairul telah menjalankan perniagaan kuih ‘frozen’ sejak beberapa tahun yang lalu. . Namun begitu, ekoran kekangan peralatan yang lengkap dan kesihatan yang kurang baik telah membataskan pengeluaran kuih frozen yang diusahakannya.

Mendengar keluhan Khairul, PZD Kuala Muda tampil membantu beliau dengan bantuan peralatan tersebut. Diharapkan bantuan yang diberikan akan menambahkan lagi pendapatan Khairul untuk membantu memenuhi keperluan beliau sekeluarga.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.