Utama Berita Agihan PENOLONG AMIL GIAT AGIH BANTUAN ZAKAT DI DAERAH BALING

PENOLONG AMIL GIAT AGIH BANTUAN ZAKAT DI DAERAH BALING

BALING, 12 JUN 2019 – Peranan Penolong amil terhadap LZNK dan asnaf tidak dapat disangkal lagi pada hari ini.

Mereka merupakan tulang belakang yang menjadi kekuatan dan memainkan peranan yang penting kepada LZNK dalam membantu mengagihkan bantuan kepada anak kariah mereka.

Baru-baru ini penolong Amil bergiat aktif dalam mengagihkan bantuan Kit Raya dan bantuan 30 set makanan bulanan kepada penerima di setiap 66 buah kariah di sekitar daerah baling.

Selain daripada melaksanakan pelbagai bentuk corak pengagihan barangan bantuan daripada LZNK itu, seperti membuat program di masjid, mereka juga hadir ke rumah setiap penerima bantuan utk mengagihkan sendiri barangan bantuan tersebut.

Kegigihan dan kesungguhan mereka sangat tidak dapat dinafikan lagi.

Justeru dengan usaha-sama para penolong amil dan LZNK dalam peranan pengagihan sebagai teras utama dalam peranan institusi zakat ini.

Pihak zakat amat berharap agar asnaf dapat terus terbela sebagai asnaf yang layak disisi pandangan syarak dan bukan pada sudut pandangan manusia itu sendiri.

 

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.