Utama Berita Bantuan PERKIM Terima RM300,000 Bantuan Zakat

PERKIM Terima RM300,000 Bantuan Zakat

18 Disember 2016 – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Negeri Kedah hari ini menerima bantuan Rumah Anak Yatim daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Pengurus Besar Jabatan Agihan dan Pembangunan Asnaf, Haji Sofiyuddin bin Ismail menyerahkan cek bantuan yang berjumlah RM300,000.00 kepada Bendahari PERKIM, Haji Adzaudin bin Saleh.

Bantuan tersebut akan digunakan untuk membiayai pengurusan asrama dan saraan anak yatim di Darul Aitam Walmasakin Tunku Abdul Rahman Putera AlHaj dan Darul Aitam Walmasakin Sultanah Haminah binti Hamidun.

Kedua-dua asrama ini menempatkan seramai 49 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 23 orang pelajar adalah pelajar lelaki manakala selebihnya pelajar perempuan.

Kami (LZNK) berharap agar bantuan ini digunakan seperti yang telah dipersetujui iaitu untuk membiayai pengurusan asrama anak-anak yatim. Semoga PERKIM sentiasa berada di bawah rahmat Allah S.W.T.

LZNK mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembayar zakat yang membayar zakat di LZNK.

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.