Utama Berita Bantuan Zakat Kedah Bantu Adik Amirul Akmal Bersekolah

Zakat Kedah Bantu Adik Amirul Akmal Bersekolah

19 Disember 2016 – Sudah jatuh ditimpa tangga! Itulah perumpamaan yang tepat menggambarkan kisah yang terjadi kepada adik Mohamad Amirul Akmal bin Mohd Asri, 12, yang telah kematian bapanya, Mohd Asri, 45, dan ibunya, Noor Lela bt Abdul Manan pula dilaporkan telah keluar negeri bersama adik kepada Amirul Akmal. Beliau kini tinggal dibawah jagaan nenek beliau, Juriah bt Abdullah, 62,.

Kakitangan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Ahmad Hambali bin Mohd Puat serta kakitangan LZNK Cawangan Padang Terap, Mohd Fuad bin Ahmad telah ke kediaman adik Amirul dan mendapati Juriah tiada dirumah (keluar menoreh getah).

Siasatan turut mendapati penjaga adik Amirul, Juriah telah mendapat bantuan Sara Hidup Sekaligus pada tahun ini.

Selepas melihat prestasi adik Amirul didalam Peperiksaan Ujian penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, LZNK terpanggil untuk menyalurkan bantuan kepada adik Amirul ini.

Kami dimaklumkan beliau (adik Amirul) berjaya menempatkan diri di Sekolah Menengah Kebangsaan Ittizam Padang Senai tahun hadapan dan LZNK akan memberikan bantuan Sekaligus sebagai membayar segala yuran yang berkaitan.

LZNK amat menekankan pentingnya pendidikan kepada semua tidak kira lapisan umur.

…dengan pendidikan inilah yang bakal mengubah kehidupan kita kerana anak-anak kita inilah yang akan mengubah cara kehidupan kita ke arah yang lebih baik sekiranya mereka ini terus diberikan pendidikan yang sewajarnya.

LZNK berterima kasih kepada semua pembayar zakat yang setia membayar zakat kepada LZNK. Semoga anda terus diberkati Allah dan mendapat manfaat yang terbaik.

 

news_adik-amirul2

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.