Utama Berita Agihan PESAKIT BARAH OTAK ‘STAGE 4’ DAPAT PERHATIAN ZAKAT KEDAH

PESAKIT BARAH OTAK ‘STAGE 4’ DAPAT PERHATIAN ZAKAT KEDAH

KULIM, 08 JANUARI 2019 – Sebuah keluarga tiga beranak yang tinggal di Kampung Sungai Karangan, Kulim telah mendapat perhatian daripada pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) baru – baru ini.

Hasma Isa, 57, merupakan pesakit barah otak tahap 4 yang kini masih menjalani rawatan susulan di Hopital Kulim sejak enam tahun yang lalu. Malahan, enam bulan lepas, kaki kanannya terpaksa dipotong susulan penyakit kencing manis yang dihidapinya menjadi semakin serius.

Beliau yang tinggal menyewa di sebuah rumah usang bersama  dua orang anak lelakinya sejak kematian suami beberapa tahun yang lalu.

Keluarga ini telah menerima bantuan secara bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan wang tersebut digunakan untuk membayar sewa rumah yang didiami mereka.

Melihat keadaan yang dialami oleh Hasma Isa , Pegawai Zakat Daerah Kulim, Ustaz Mohd Khairi Ishak meluahkan rasa simpati keatas ujian yang melanda keluarga ini. Dalam menzahirkan perasaan tersebut, satu kit makanan telah disalurkan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.

Ustaz Mohd Khairi semasa ditemui berkata, pihaknya akan berusaha membantu keluarga ini menggunakan wang zakat yang telah diamanahkan kepada pihak LZNK setelah segala proses dokumentasi disiapkan.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.