Utama Berita Agihan PROGRAM SANTUNI ASNAF SEKITAR DAERAH PENDANG

PROGRAM SANTUNI ASNAF SEKITAR DAERAH PENDANG

PENDANG, 30 JANUARI 2020 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) Telah Mengadakan Program Santuni Asnaf Di Sekitar Daerah Pendang, kariah Masjid Kampung Tengah, Mukim Kurong Hitam, Kuala Nerang.

Dalam program tersebut sebanyak 10 keluarga telah dikunjungi, dalam masa yang sama mereka turut menerima sumbangan berupa wang tunai dan barangan makanan keperluan asas daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) serta syarikat Korporat yang turut hadir.

Ketua Pegawai Eksekutif (LZNK), Syeikh Zakaria Othman berkata, program bantuan itu dibuat dengan kerjasama Pejabat Zakat Daerah Pendang dan Jawatankuasa Kariah Masjid Pondok Chegar, Paya Kercut dan Kuala Rimau, Pendang, Syarikat korporat serta agensi kerajaan dan badan berkanun.

Beliau turut menjelaskan bahawa Zakat Kedah amat perihatin dengan kehidupan asnaf terutamanya yang berkaitan dengan isu perumahan.

Lembaga Zakat Negeri Kedah sangat mengambil berat dengan setiap aduan yang diterima dan inilah satu daripada inisiatif (LZNK) untuk membantu para asnaf melalui program-program seumpama ini.

Menurutnya lagi, antara syarikat dan agensi yang terlibat dalam program tersebut ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JPM), Pejabat Agama Daerah Pendang, Pejabat ICU Kedah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Chegar, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pendang, Syarikat Ayam Bismi, Syarikat Mudim Zakaria Sdn Bhd, Syarikat Nouro Enterprise, dan Qamraa Sdn Bhd.

Beliau berkata, (LZNK) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program tersebut.

Katanya lagi, masyarakat yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kemiskinan diharap dapat menyalurkan info berkenaan terus kepada Zakat Kedah.

Tambahnya lagi, selain itu maklumat berkenaan juga boleh disalurkan kepada penolong amil yang terdiri daripada ahli jawatankuasa dan pegawai di setiap masjid seluruh negeri Kedah.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.