Utama Berita Agihan SULTAN KEDAH TITAH ARAHAN WAJIB POTONGAN GAJI UNTUK ZAKAT PENDAPATAN TERHADAP INDIVIDU...

SULTAN KEDAH TITAH ARAHAN WAJIB POTONGAN GAJI UNTUK ZAKAT PENDAPATAN TERHADAP INDIVIDU BERPENDAPATAN MELEBIHI NISAB DITETAPKAN

ALOR SETAR, 04 FEBRUARI 2020 – Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah bertitah supaya semua ketua jabatan di agensi kerajaan dan swasta dalam negeri ini, melaksanakan arahan wajib potongan gaji bagi zakat pendapatan.

Baginda bertitah, perkara itu mestilah dilaksanakan mengikut taksiran yang betul bagi kakitangan awam dan swasta, yang mempunyai pendapatan melebihi nisab ditetapkan.

“Beta turut menitahkan kepada setiap individu yang bekerja di Kedah serta agensi dan syarikat korporat yang beroperasi di negeri ini, untuk membayar zakat kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

“Selaku Ulil Amri di Kedah, Beta berhasrat dan ingin memastikan agar para asnaf di negeri ini yang layak menerima zakat, mendapat hak mereka sewajarnya,” titah baginda.


KDYMM Tuanku Sultan Negeri Kedah bertitah pada majlis tersebut

Baginda bertitah demikian ketika Merasmikan Pusat Bekalan Makanan (Food Bank) Fakir Miskin dan Pelancaran Sambutan Sambutan 350 tahun Seruan Berzakat di Kedah bertempat di Pusat Konvensyen dan Hotel TH dekat sini, hari ini.

Keberangkatan baginda diiringi Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin bersama Menteri Besar, Dato Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Paduka Ammar Dato’ Shaikh Mahmood Naim serta Mufti, Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Awang.

Selain itu baginda bertitah, pelaksanaan program ‘Food Bank’ di semua masjid dalam negeri ini dilihat telah mengangkat martabat institusi masjid di Kedah.

“Pelaksanaan program ini memberi manfaat kepada 17,280 keluarga pada setiap bulan. Beta yakin, tindakan proaktif ini dapat mengatasi isu rakyat berkaitan kelaparan dan terputus bekalan makanan, selain menaikkan imej institusi masjid serta zakat di mata masyarakat,” titah baginda

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

 

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.