Utama Berita Agihan PZD KUALA MUDA PRIHATIN NASIB, ADIK SYAKILA YANG MENDERITA KANSER DARAH

PZD KUALA MUDA PRIHATIN NASIB, ADIK SYAKILA YANG MENDERITA KANSER DARAH

KUALA MUDA, 14 MAC 2019 – Hati siapa yang tidak luluh apabila melihat keadaan seorang kanak-kanak yang baru berusia 4 tahun, kini menghidap kanser darah.

Nor Syakila Mohamad Zakir kini telayh disahkan oleh Doktor menghidap penyakit tersebut sejak tahun 2018 lalu.

Bapa adik Syakila bekerja sebagai seorang juru pos surat, beliau mempunyai 4 orang tanggungan.

Adik Syakila merupakan anak bongsu bagi keluarga Zakir. Menurut Mohamad Zakir, Pelbagai usaha dan juga kaedah rawatan beliau bersama keluarga telah diikhtiarkan bagi merawat penyakit adik Syakila.

Lebih menyayat hati, keadaan fizikal adik Syakila yang masih kecil telah menyebabkan rawatan kimoterapi terpaksa dihentikan setelah mendapat nasihat daripada doktor.

Hal demikian kerana tubuh badan adik Syakila dikatakan tidak mampu untuk menanggung keperitan dalam menjalankan rawatan kimoterapi, sekaligus menyebabkan sel-sel barah masih aktif di dalam tubuh badan adik Syakila.

Prihatin dengan keadaan keluarga tersebut, Pejabat Zakat Daerah Kuala Muda tampil bagi menyantuni keluarga berkenaan.

Dalam masa yang sama, bantuan segera berupa satu kit makanan asas turut diberikan terlebih dahulu sebelum proses permohonan bantuan selanjutnya diteruskan.

Pihak LZNK menyeru semua orang mendoakan yang terbaik bagi kesembuhan adik Syakila. Diharapkan adik Syakila dapat kembali tersenyum dan ceria seperti sedia kala.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.