Utama Berita Agihan DERITA SI KECIL MUHAMMAD ASYRAF KHUZAIRI

DERITA SI KECIL MUHAMMAD ASYRAF KHUZAIRI

KUALA MUDA, 24 APRIL 2019 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui Pejabat Zakat Daerah Kuala Muda bersama Bahagian Agihan LZNK berkesempatan menyantuni adik Muhammad Asyraf Khuzairi Khairul Shahril yang tinggal di Bandar Seri Astana.

Adik Asyraf yang merupakan anak sulung dari dua orang adik beradik yang kini berumur 7 tahun telah didiagnosis sebagai ‘Castello Syndrome Epilepsy Cadifaciocutaneous Syndrome (CFC) with multiple disability’ dan menerima rawatan susulan di Jabatan Rehabilitasi, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Dalam masa yang sama, adik Asyraf turut mengalami masalah jantung dan sistem perkumuhan.

Bapa beliau, Khairul Shahril Ismail hanya bekerja sebagai peniaga pasar malam sekitar Pulau Pinang dan Kulim manakala ibu adik Asyraf, Nor Azura tidak bekerja kerana terikat dengan komitmen rawatan adik Asyraf.

Rawatan susulan yang kerap di Hospital Alor Setar dan Hospital Sungai Petani telah membataskan gerak kerja Encik Shahril untuk berniaga. Dalam seminggu, beliau terpaksa tutup kedai selama tiga hari bagi menguruskan rawatan anak yang tersayang.

Kos yang tinggi dalam membeli susu khas dan pampers untuk adik Asyraf agak menyukarkan dari aspek kewangan keluarga ini yang hanya bergantung kepada jualan perniagaan pasar malam disamping bantuan bulanan yang diterima dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pihak hospital melalui Unit Kerja Sosial Hospital Alor Setar telah membuat permohonan untuk mendapatkan kerusi roda khas bagi kegunaan adik Asyraf. Kerusi roda yang digunakan kini sudah tidak sesuai berikutan tumbesaran adik Asyraf.

Pihak LZNK mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menyampaikan maklumat berkaitan kesusahan asnaf untuk dibantu oleh pihak LZNK.

Pihak LZNK juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pembayar zakat yang membayar zakat melalui LZNK. Pihak LZNK sentiasa komited bagi memastikan kutipan dan agihan zakat bergerak seiring dalam menjamin kemaslahatan ummah.

 350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.