Utama Berita Agihan SAWAH MILIK LZNK DIJADIKAN ESTET PADI

SAWAH MILIK LZNK DIJADIKAN ESTET PADI

YAN, 22 DISEMBER 2021 :- Lebih 200 hektar sawah milik Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) akan diusahakan menerusi skim estet padi bagi membantu golongan asnaf meningkatkan pendapatan pada masa hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syeikh Zakaria Othman berkata, pada peringkat permulaan, seramai 11 pesawah menyertai skim tersebut melibatkan kawasan seluas 29 hektar di sini.

Menurutnya, LZNK akan menanggung kos benih, baja dan racun serta upah menuai bagi meringankan beban pesawah yang menyertai skim estet padi itu.

Katanya, LZNK turut bekerjasama dengan Bank Islam untuk menawarkan pinjaman tanpa faedah kepada pesawah tersebut sebanyak RM5,000 setiap musim menerusi pembiayaan mikro bangkit.

“Pesawah tersebut boleh menggunakan wang pinjaman itu untuk menyara keluarga dalam tempoh empat bulan sebelum hasil padi dapat dituai.

LZNK akan menggunakan duit keuntungan daripada jualan hasil padi untuk membayar hutang pesawah berkenaan,” katanya selepas Majlis Pelepasan Benih Ikan  Puyu Hibrid dan Serahan Pembiayaan Mikro Bangkit Pembangunan Usahawan Estet Padi di Kampung Padang Lumat, di sini.


Datuk Syeikh Zakaria (tengah) ketika selesai melepaskan ikan puyu hibrid di dalam sawah pada Majlis Pelepasan Benih Ikan Puyu Hibrid dan Serahan Pembiayaan Mikro Bangkit Pembangunan Usahawan Estet Padi di Kampung Padang Lumat, Yan, Kedah

Disunting Oleh : Unit Penerangan, Bahagian Komunikasi Strategik


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.