Utama Berita Agihan SULTAN NEGERI KEDAH BERKENAN BERANGKAT ZIARAH BEKAS ANGGOTA TENTERA KURANG UPAYA

SULTAN NEGERI KEDAH BERKENAN BERANGKAT ZIARAH BEKAS ANGGOTA TENTERA KURANG UPAYA

ALOR SETAR, 10 FEBRUARI 2019 – Seorang bekas anggota tentera kurang upaya, Jasni Othman, 61 Tahun bagaikan bermimpi apabila Sultan Negeri Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat menziarahinya di Taman Kita, Alor Setar Kedah.

Menurut Jasni, beliau bagaikan tidak percaya apabila dimaklumkan bahawa Sultan Sallehuddin berkenan mencemar duli untuk berangkat ke kediamannya.

Katanya, beliau bersyukur kerana Sultan Kedah merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan amat mengambil berat terhadap rakyat jelata Negeri Kedah khususnya.

Tambahnya, beliau berasa amat terkejut dan rasa bagaikan mimpi kerana tidak menyangka beliau akan dikunjungi Sultan Kedah malah turut mendapat perhatian Menteri Besar Kedah dan Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Beliau yang kudung kaki kiri kerana terkena jerangkap samar dalam satu operasi di Hutan Gubir, Perak pada tahun 1986 ketika berusia 27 tahun dan kini disahkan pula menghidap kanser darah.

Dalam masa yang sama, bapa kepada empat orang anak ini juga menerima bantuan kit makanan asas daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bagi meringankan beban yang ditanggung oleh Jasni serta keluarga.

Disember 2018, media melaporkan Jasni memohon bantuan orang ramai bagi meringankan beban kewangannya selepas disahkan menghidap kanser darah di Hospital Sultanah Bahiyah, selepas sering berasa letih dan pitam.

Pencennya sebagai bekas tentera sebanyak RM1228.00 dan elaun orang kelainan upaya (OKU) sebanyak RM150.00 terpaksa dihabiskan untuk menyara kehidupan seharian, membayar pinjaman rumah dan pinjaman peribadi yang dibuatnya sebelum ini termasuk kos berulang-alik ke hospital untuk rawatannya.

Turut Hadir sama Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Ammar Syeikh Mahmood Naim, Yang Dipertua Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Kedah, Kapten (B) Datuk Yusof Yaacob dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Syeikh Zakaria Othman.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.